Pengenalan
James Brooke merupakan seorang pedagang bebas yang datang berniaga ke negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kedatangannya ke Sarawak sebenarnya bukan sahaja untuk berniaga tetapi mencari peluang untuk menguasai Sarawak. Beliau berhasrat untuk menguasai Sarawak kerana terpengaruh dengan idea kejayaan Raffles di Singapura serta Francis Light di Pulau Pinang.
James Brooke merupakan seorang pedagang bebas yang datang berniaga ke negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kedatangannya ke Sarawak sebenarnya bukan sahaja untuk berniaga tetapi mencari peluang untuk menguasai Sarawak. Beliau berhasrat untuk menguasai Sarawak kerana terpengaruh dengan idea kejayaan Raffles di Singapura serta Francis Light di Pulau Pinang.
Peluang untuk menguasai Sarawak mula terbuka luas apabila berlakunya pertikaian masyarakat Sarawak yang dipimpin oleh Dato’ Patinggi Ali. Sarawak pada ketika itu berada dibawah pentadbiran Pangeran Indera Mahkota iaitu wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak. Malangnya pentadbiran Pangeran Indera Mahkota tidak disenangi oleh masyarakat tempatan. Beliau telah mengenakan cukai yang tinggi dan melaksanakan kerahan tenaga. Keadaan ini menyebabkan Dato’ Patinggi Ali menentang dasar yang diperkenalkan itu.
Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Muda Hashim untuk menamatkan pemberontakan namun usaha itu gagal. Pangeran Muda Hasyim meminta bantuan James Brooke dan berjanji akan melantik beliau sebagai gabenor jika berjaya menamatkan pemberontakan. Kejayaan James Brooke menamatkan pemberontakan membawa kepada perjanjian antara James Brooke dengan Pangeran Muda Hashim pada September 1841. Dengan ini James Brooke dengan rasminya menjadi Gabenor Sarawak. Pada tahun 1842, James Brooke telah mendesak sultan Brunei mengiktiraf Perjanjian 1841. Lanjutan daripada itu, pada tahun 1846 sultan Brunei telah menyerahkan Sarawak meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara sungai Semarahan dan Sungai Sadong.
James Brooke mula bertindak meluaskan kawasan pangaruhnya di luar kawasan yang ditetapkan oleh Sultan Brunei. Beliau mula menguasai Mukah yang kaya dengan pengeluaran sagu. Beliau seterusnnya mendirikan kota di Sarekei atas alasan untuk menjaga keamanan di kawasan itu. Antara tahun 1853 hingga tahun 1861, James Brooke semakin berkuasa apabila kawasan pentadbiran Sultan Brunei telah jatuh ke tangannya. Antara kawasan tersebut ialah Sungai Sadong,Saribas,Samarahan,Serian,Sekrang dan kawasan Rajang hingga ke Tanjung Kidurong
James Brooke telah menguasai kawasan di luar kawasan yang dibenarkan dengan alasan untuk menghapuskan lanun yang boleh mengancam perdagangan. Campur tangan James Brooke di Mukah bermula apabila Gabenor Mukah iaitu Pangeran Ersat telah dibunuh oleh sepupunya Pangeran Mat Usin. Oleh kerana bimbang tindak balas akan berlaku, Pangeran Mat Usin lari ke Kuching meminta bantuan James Brooke. James Brooke juga Berjaya mempengaruhi Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mukmin supaya menghalau Syarif Masahor dari Sarekei. James Brooke kemudiannya Berjaya menguasai Mukah.
Untuk menguatkan lagi kekuasaan James Brooke, beliau telah mendirikan kubu-kubu pertahanan di Sarekei, Lingga, Kanowit, dan Sekrang. Dalam masa yang sama cukai beras dan garam dikenakan ke atas penduduk sekitarnya. Keadaan ini membangkitkan kemarahan pemimpin tempatan. Bagaimanapun James Brooke sudah bersedia menghadapi segala cabaran. Pada tahun 1843 hingga 1846, James Brooke talah melancarkan beberapa serangan ke atas pertempatan pribumi dengan mendapat bantuan daripada Angkatan Tentera Laut British. Antara tahun 1853 hingga 1861, James Brooke telah Berjaya mendapatkan kawasan pengaruh Sultan Brunei di Sarawak seperti Sadong, Saribas, Rajang, Lingga, Sekrang dan Tanjung Kidurong. Pada tahun 1895 James Brooke Berjaya mendapatkan Limbang secara tipu helah.
Sebenarnya penguasaan James Brooke diperkukuhkan lagi dengan perjanjian yang ditandatangani dengan pihak British pada tahun 1888. Menurut perjanjian ini British akan melindungi keluarga Brooke daripada serangan musuh, disamping itu Sarawak menjadi negeri naungan British. Dengan ini Brooke Berjaya memerintah Sarawak dengan bebas dan menguasai hal ehwal luar.
Penutup
Kedatangan James Brooke telah membawa perubahan pentadbiran daripada kesultanan Brunei kepada pentadbiran James Brooke. Pentadbiran bercorak Barat ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin tempatan yang akhirnya membawa Sarawak ke bawah pentadbiran langsung ditangan James Brooke
4 ulasan:
Asakamualaikum.
Tahniah cikgu kerana telah berjaya menghasilkan sebuah blog yang menarik. Pasti banyak manfaatnya.
Kita dah pun add blog cikgu ke dalam blog sekolah. Tahniah!
Blog yang sangat menarik. teruskan usaha!
Sebelum Sarawak dijajah Keluarga Brooke ,Sarawak dulu dijajah Kesultanan Brunei.Pada maulanya Brunei hanya menjajah kawasan tebing pantai sahaja.Namun lama kelamaan ,sultan brunei cuba meluaskan jajahan ke kawasan tengah kawasan yang dihuni oenduduk asli seperti Iban.Ini yang membangkitan penentangan orang Iban keatas penjajah Brunei.Kerana tak mampu melawan tentangan orang Iban ,sultan Brunei meminta bantuan Rajah Brooke dan akhir nya menyerahkan wilayah jajahan brunei kepada Brook.Namun begitu Sejak Brook memerintah,Brooke telah meluaskan tanah jajahan jauh ke dalam pedalaman kerana pada masa dahulu Kalimantan dan kawasan tengah bebas dari pengaruh belanda.Kerana Belanda tak pernah berjaya menembusi kawasan tengah borneo yang dihuni suku dayak.
Catat Ulasan