Pentadbiran Awal di Sabah
Pentadbiran awal di Sabah terbahagi kepada tiga kawasan.
Kawasan Pantai Barat
Kawasan pantai barat Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Kawasan ini ditadbir oleh seorang wakil pemerintah Sultan Brunei yang dikenali sebagai Pangeran. Kawasan pantai barat ini dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Kawasan ini pula ditadbir oleh pembesar tempatan yang dibantu oleh Ketua Suku Kaum dan Ketua Petempatan Sungai.
Kawasan Pantai Timur
Kawasan pantai timur Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Setiap kawasan ditadbirkan oleh pembesar yang digelar Datu. Mereka dibantu oleh ketua-ketua tempatan.
Kawasan Pedalaman
Kawasan pedalaman dikuasai oleh ketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan ini mentadbir rumah-rumah panjang dalam kawasan mereka. Mereka digelar Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.
1 ulasan:
oic.... baru saya tahu. info yg menarik. t
Catat Ulasan