-->

Blog Kajian Tempatan Tahun 5

Blog Cikgu Abdullah D20112055835

Halaman

  • Laman utama
  • Unit 1
  • Unit 2
  • Unit 3
  • Unit 4
  • Unit 5
  • Unit 6

widget

Ahad, 25 November 2012

Contoh RPH Kajian Tempatan Tahun 5


Rancangan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 5

Mata Pelajaran : Kajian Tempatan

Tahun : 5 Ceria

Bil. Murid : 24 Orang

Tarikh : 1 November 2012

Masa : 10.10pagi – 10.40 pagi ( 30 minit )

Tema : Sejarah Negara Kita

Topik : Sejarah Awal Sarawak.

Subtopik : Asal usul nama Sarawak.

Hasil pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat :

1. Menceritakan asal usul nama sarawak.
2. Mengisahkan cerita-cerita lagenda tentang asal usul Sarawak.
Objektif pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :
1. Menceritakan asal usul nama sarawak iaitu sempena frasa ”serah kepada awak” dan sempena daripada nama buah nanas.
2. Melakonkan kisah berkaitan asal usul nama sarawak sempena frasa ” serah kepada awak” dan sempena daripada nama buah nanas.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengetahui serba sedikit berkaitan dengan negeri Sarawak seperti lagu negeri dan bendera negeri Sarawak.
Nilai–nilai murni : Bekerjasama, berani mencuba.

Unsur patriotisme : Berbangga dengan sejarah negara sendiri.

Bahan bantu mengajar :
1.    Video lagu “Puteri Santubong”.
2.    LCD
3.    Slaid Powerpoint.
4.    Kad Tugasan

KBKK : Menjana idea, menyelesaikan masalah

Pembelajaran Koperatif     : Perbincangan (Sumbangsaran) , main peranan,lakonan.

Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Lagu “ Puteri Santubong”
1.    Guru memperdengarkan lagu “Puteri Santubong” melalui tayangan video.
2.    Guru bertanyakan kepada murid tentang isi lagu tersebut.
3.    Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.

BBM
-Video lagu “Puteri Santubong”

KBKK
-Menjana idea.
Langkah 1
(10 minit)
Penerangan tentang asal usul nama Sarawak
1.    Murid melihat tayangan slaid Power Point berkaitan tentang asal usul nama Sarawak.
2.    Murid mendengar penerangan tentang asal usul nama Sarawak sempena frasa “serah kepada awak” dan sempena daripada nama buah nanas melalui slaid Power Point yang ditayangkan oleh guru.
3.    Murid-murid bersoaljawab dengan guru berkaitan isi pelajaran.

BBM
-Slaid Power Point.



Unsur Patriotisme.
-Berbangga dengan sejarah negara kita.


Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti kumpulan.
-Lakonan.
1.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil.
2.    Wakil setiap kumpulan diminta oleh guru untuk pergi ke hadapan kelas untuk mencabut kad tugasan untuk setiap kumpulan.
3.    Murid berbicang dalam kumpulan masing-masing setelah mendapat kad tugasan daripada guru.
4.    Guru memberi masa 5 minit untuk murid-murid berbincang dalam kumpulan dan setelah tamat masa tersebut setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan mereka dalam bentuk lakonan.

5.    Murid membentangkan hasil kerja mereka melalui lakonan di hadapan kelas.

6.    Guru membuat penilaian terhadap lakonan setiap kumpulan.

BBM
-Kad tugasan.

Nilai Murni
-Bekerjasama dalam kumpulan.
-Berani mencuba.

Unsur Patriotisme.
-Berbangga dengan sejarah negara kita.

KBKK.
-Menjana idea.
-Menyelesaikan masalah
Penutup
(5 minit)
-Membuat rumusan.
-Menyanyikan lagu “Puteri Santubong”
1.    Beberapa orang murid diminta menyatakan apa yang telah mereka pelajari dan apa yang mereka faham dengan pembelajaran yang telah dijalankan.
2.    Murid diminta menceritakan semula asal usul nama Sarawak daripada frasa “serah kepada awak” dan sempena daripada nama buah nanas.
3.    Murid menyanyikan lagu “Puteri Santubong” secara beramai-ramai.

BBM
-Video lagu “Puteri Santubong”


KBKK
-Menjana idea.

Nilai murni.
-Berani mencuba


Dicatat oleh Unknown di 5:32 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

1 ulasan:

cekmuwn berkata...

mohon share

16 Julai 2013 pada 10:06 PTG

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)


Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2012 (8)
    • ►  Disember (2)
    • ▼  November (1)
      • Contoh RPH Kajian Tempatan Tahun 5
    • ►  Oktober (5)

Perkhidmatan Online

Terima kasih Cikgu..

Laman Sosial Anda

Statistik Pelawat

Pengikut

Adakah Blog Ini Menarik?

Cuaca Hari Ini.


widget

Pendapat anda?

Berita Online Anda..

S Pink Premium Pointer


cikguabdullah84.blogspot.com. Dikuasakan oleh Blogger.