Rancangan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 5
Mata
Pelajaran : Kajian Tempatan
Tahun
: 5 Ceria
Bil.
Murid : 24 Orang
Tarikh
: 1 November 2012
Masa :
10.10pagi – 10.40 pagi ( 30 minit )
Tema :
Sejarah Negara Kita
Topik
: Sejarah Awal Sarawak.
Subtopik
: Asal usul nama Sarawak.
Hasil
pembelajaran :
Pada
akhir pembelajaran ini, murid akan dapat :
1. Menceritakan
asal usul nama sarawak.
2. Mengisahkan
cerita-cerita lagenda tentang asal usul Sarawak.
Objektif
pembelajaran :
Pada
akhir pembelajaran, murid akan dapat :
1. Menceritakan
asal usul nama sarawak iaitu sempena frasa ”serah kepada awak” dan sempena
daripada nama buah nanas.
2. Melakonkan
kisah berkaitan asal usul nama sarawak sempena frasa ” serah kepada awak” dan sempena
daripada nama buah nanas.
Pengetahuan
sedia ada : Murid-murid telah mengetahui serba sedikit berkaitan dengan negeri
Sarawak seperti lagu negeri dan bendera negeri Sarawak.
Nilai–nilai
murni : Bekerjasama, berani mencuba.
Unsur
patriotisme : Berbangga dengan sejarah negara sendiri.
Bahan
bantu mengajar :
1. Video lagu “Puteri Santubong”.
2.
LCD
3.
Slaid
Powerpoint.
4. Kad Tugasan
KBKK :
Menjana idea, menyelesaikan masalah
Pembelajaran
Koperatif : Perbincangan (Sumbangsaran) , main peranan,lakonan.
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Lagu “ Puteri Santubong”
|
1.
Guru
memperdengarkan lagu “Puteri Santubong” melalui tayangan video.
2.
Guru
bertanyakan kepada murid tentang isi lagu tersebut.
3.
Guru
mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.
|
BBM
-Video lagu “Puteri
Santubong”
KBKK
-Menjana idea.
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Penerangan tentang asal
usul nama Sarawak
|
1. Murid melihat tayangan slaid Power Point
berkaitan tentang asal usul nama Sarawak.
2. Murid mendengar penerangan tentang asal
usul nama Sarawak sempena frasa “serah kepada awak” dan sempena daripada nama
buah nanas melalui slaid Power Point yang ditayangkan oleh guru.
3. Murid-murid bersoaljawab dengan guru
berkaitan isi pelajaran.
|
BBM
-Slaid Power Point.
Unsur Patriotisme.
-Berbangga dengan sejarah
negara kita.
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Aktiviti kumpulan.
-Lakonan.
|
1.
Murid
dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil.
2.
Wakil
setiap kumpulan diminta oleh guru untuk pergi ke hadapan kelas untuk mencabut
kad tugasan untuk setiap kumpulan.
3.
Murid
berbicang dalam kumpulan masing-masing setelah mendapat kad tugasan daripada
guru.
4.
Guru
memberi masa 5 minit untuk murid-murid berbincang dalam kumpulan dan setelah
tamat masa tersebut setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan
mereka dalam bentuk lakonan.
5.
Murid
membentangkan hasil kerja mereka melalui lakonan di hadapan kelas.
6.
Guru
membuat penilaian terhadap lakonan setiap kumpulan.
|
BBM
-Kad tugasan.
Nilai Murni
-Bekerjasama dalam
kumpulan.
-Berani mencuba.
Unsur Patriotisme.
-Berbangga dengan sejarah
negara kita.
KBKK.
-Menjana idea.
-Menyelesaikan masalah
|
Penutup
(5 minit)
|
-Membuat rumusan.
-Menyanyikan lagu “Puteri
Santubong”
|
1.
Beberapa
orang murid diminta menyatakan apa yang telah mereka pelajari dan apa yang
mereka faham dengan pembelajaran yang telah dijalankan.
2.
Murid
diminta menceritakan semula asal usul nama Sarawak daripada frasa “serah
kepada awak” dan sempena daripada nama buah nanas.
3.
Murid
menyanyikan lagu “Puteri Santubong” secara beramai-ramai.
|
BBM
-Video lagu “Puteri
Santubong”
KBKK
-Menjana idea.
Nilai murni.
-Berani mencuba
|