Isnin, 29 Oktober 2012
Kedatangan Kuasa Luar Ke Sabah.
Kedatangan Kuasa Luar ke Sabah
Pada abad ke-16, Sabah terkenal di kalangan pedagang Barat. Di Sabah terdapat hasil hutan seperti rotan, gambir dan sarang burung. Faktor ini mendorong kuasa Barat bersaing untuk menguasai hasil tersebut di Sabah.
Sultan Brunei telah memberikan pajakan satu kawasan yang luas selama 10 tahun di Sabah kepada Charles Lee Moses, seorang Amerika pada tahun 1865.
Walau bagaimanapun, Charles Lee Moses telah menjual hak pajakan tersebut kepada The American Trading Company. Namun, akibat gagal memajukan tanah pajakan tersebut, syarikat ini pula menjual hak pajakan kepada Baron von Overbeck.
Baron von Overbeck bergabung dengan Alfred Dent dan Edward Dent menubuhkan Overbeck and Dent Company pada tahun 1877. Sultan Brunei telah memperbaharui pajakan kepada Overbeck and Dent Company.
Pentadbiran Awal Di Sabah
Pentadbiran Awal di Sabah
Pentadbiran awal di Sabah terbahagi kepada tiga kawasan.
Kawasan Pantai Barat
Kawasan pantai barat Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Kawasan ini ditadbir oleh seorang wakil pemerintah Sultan Brunei yang dikenali sebagai Pangeran. Kawasan pantai barat ini dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Kawasan ini pula ditadbir oleh pembesar tempatan yang dibantu oleh Ketua Suku Kaum dan Ketua Petempatan Sungai.
Kawasan Pantai Timur
Kawasan pantai timur Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Setiap kawasan ditadbirkan oleh pembesar yang digelar Datu. Mereka dibantu oleh ketua-ketua tempatan.
Kawasan Pedalaman
Kawasan pedalaman dikuasai oleh ketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan ini mentadbir rumah-rumah panjang dalam kawasan mereka. Mereka digelar Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.
Pentadbiran awal di Sabah terbahagi kepada tiga kawasan.
Kawasan Pantai Barat
Kawasan pantai barat Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Kawasan ini ditadbir oleh seorang wakil pemerintah Sultan Brunei yang dikenali sebagai Pangeran. Kawasan pantai barat ini dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Kawasan ini pula ditadbir oleh pembesar tempatan yang dibantu oleh Ketua Suku Kaum dan Ketua Petempatan Sungai.
Kawasan Pantai Timur
Kawasan pantai timur Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Setiap kawasan ditadbirkan oleh pembesar yang digelar Datu. Mereka dibantu oleh ketua-ketua tempatan.
Kawasan Pedalaman
Kawasan pedalaman dikuasai oleh ketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan ini mentadbir rumah-rumah panjang dalam kawasan mereka. Mereka digelar Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.
Jumaat, 12 Oktober 2012
Rabu, 10 Oktober 2012
Kedatangan James Brooke Ke Sarawak
Pengenalan
James Brooke merupakan seorang pedagang bebas yang datang berniaga ke negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kedatangannya ke Sarawak sebenarnya bukan sahaja untuk berniaga tetapi mencari peluang untuk menguasai Sarawak. Beliau berhasrat untuk menguasai Sarawak kerana terpengaruh dengan idea kejayaan Raffles di Singapura serta Francis Light di Pulau Pinang.
James Brooke merupakan seorang pedagang bebas yang datang berniaga ke negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kedatangannya ke Sarawak sebenarnya bukan sahaja untuk berniaga tetapi mencari peluang untuk menguasai Sarawak. Beliau berhasrat untuk menguasai Sarawak kerana terpengaruh dengan idea kejayaan Raffles di Singapura serta Francis Light di Pulau Pinang.
Peluang untuk menguasai Sarawak mula terbuka luas apabila berlakunya pertikaian masyarakat Sarawak yang dipimpin oleh Dato’ Patinggi Ali. Sarawak pada ketika itu berada dibawah pentadbiran Pangeran Indera Mahkota iaitu wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak. Malangnya pentadbiran Pangeran Indera Mahkota tidak disenangi oleh masyarakat tempatan. Beliau telah mengenakan cukai yang tinggi dan melaksanakan kerahan tenaga. Keadaan ini menyebabkan Dato’ Patinggi Ali menentang dasar yang diperkenalkan itu.
Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin telah menghantar Pangeran Muda Hashim untuk menamatkan pemberontakan namun usaha itu gagal. Pangeran Muda Hasyim meminta bantuan James Brooke dan berjanji akan melantik beliau sebagai gabenor jika berjaya menamatkan pemberontakan. Kejayaan James Brooke menamatkan pemberontakan membawa kepada perjanjian antara James Brooke dengan Pangeran Muda Hashim pada September 1841. Dengan ini James Brooke dengan rasminya menjadi Gabenor Sarawak. Pada tahun 1842, James Brooke telah mendesak sultan Brunei mengiktiraf Perjanjian 1841. Lanjutan daripada itu, pada tahun 1846 sultan Brunei telah menyerahkan Sarawak meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara sungai Semarahan dan Sungai Sadong.
James Brooke mula bertindak meluaskan kawasan pangaruhnya di luar kawasan yang ditetapkan oleh Sultan Brunei. Beliau mula menguasai Mukah yang kaya dengan pengeluaran sagu. Beliau seterusnnya mendirikan kota di Sarekei atas alasan untuk menjaga keamanan di kawasan itu. Antara tahun 1853 hingga tahun 1861, James Brooke semakin berkuasa apabila kawasan pentadbiran Sultan Brunei telah jatuh ke tangannya. Antara kawasan tersebut ialah Sungai Sadong,Saribas,Samarahan,Serian,Sekrang dan kawasan Rajang hingga ke Tanjung Kidurong
James Brooke telah menguasai kawasan di luar kawasan yang dibenarkan dengan alasan untuk menghapuskan lanun yang boleh mengancam perdagangan. Campur tangan James Brooke di Mukah bermula apabila Gabenor Mukah iaitu Pangeran Ersat telah dibunuh oleh sepupunya Pangeran Mat Usin. Oleh kerana bimbang tindak balas akan berlaku, Pangeran Mat Usin lari ke Kuching meminta bantuan James Brooke. James Brooke juga Berjaya mempengaruhi Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mukmin supaya menghalau Syarif Masahor dari Sarekei. James Brooke kemudiannya Berjaya menguasai Mukah.
Untuk menguatkan lagi kekuasaan James Brooke, beliau telah mendirikan kubu-kubu pertahanan di Sarekei, Lingga, Kanowit, dan Sekrang. Dalam masa yang sama cukai beras dan garam dikenakan ke atas penduduk sekitarnya. Keadaan ini membangkitkan kemarahan pemimpin tempatan. Bagaimanapun James Brooke sudah bersedia menghadapi segala cabaran. Pada tahun 1843 hingga 1846, James Brooke talah melancarkan beberapa serangan ke atas pertempatan pribumi dengan mendapat bantuan daripada Angkatan Tentera Laut British. Antara tahun 1853 hingga 1861, James Brooke telah Berjaya mendapatkan kawasan pengaruh Sultan Brunei di Sarawak seperti Sadong, Saribas, Rajang, Lingga, Sekrang dan Tanjung Kidurong. Pada tahun 1895 James Brooke Berjaya mendapatkan Limbang secara tipu helah.
Sebenarnya penguasaan James Brooke diperkukuhkan lagi dengan perjanjian yang ditandatangani dengan pihak British pada tahun 1888. Menurut perjanjian ini British akan melindungi keluarga Brooke daripada serangan musuh, disamping itu Sarawak menjadi negeri naungan British. Dengan ini Brooke Berjaya memerintah Sarawak dengan bebas dan menguasai hal ehwal luar.
Penutup
Kedatangan James Brooke telah membawa perubahan pentadbiran daripada kesultanan Brunei kepada pentadbiran James Brooke. Pentadbiran bercorak Barat ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin tempatan yang akhirnya membawa Sarawak ke bawah pentadbiran langsung ditangan James Brooke
Asal Usul Nama Sarawak Dan Sabah.
SARAWAK
Asal Usul Nama Sarawak
Asal usul nama Sarawak sering dikaitkan dengan cerita penduduk tempatan. Mari kita lihat ceritanya.
Sempena Nama “Serah Kepada Awak”
Pada abad ke-18, di bahagian Hulu Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong antimoni (logam yang digunakan untuk membuat aloi dan semikonduktor) oleh penduduk tempatan. Pada masa itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan.
Apabila Brunei hendak menguasai kawasan itu, penduduk tempatan sangat mengalu-alukannya. Mereka sering menyebut perkataan “serah kepada awak”. Lama kelamaan perkataan tersebut diringkkaskan menjadi Sarawak. Oleh itu, kawasan tersebut menjadi Sarawak.
Nama Daripada Buah Nanas
Di kawasan Batu Kawa terdapat banyak tanaman nanas. Nanas tersebut amat manis dan enak rasanya. Nanas ini dikenali sebagai nanas Sarawak.
Oleh sebab kawasan ini banyak nanas Sarawak, maka kawasan ini dinamai sebagai “Sarawak” sempena nama nanas tersebut.
Pentadbiran Awal di Sarawak
Pentadbiran awak di Sarawak terbahagi kepada dua kawasan. Teliti peta 4.1 untuk mengetahui kedudukan tersebut.
Kawasan Persisiran Pantai
Kawasan persisiran pantai berada di bawah Kesultanan Brunei. Pangeran Indera Mahkota dilantik sebagai wakil sultan bagi mentadbir kawasan ini. Beliau dibantu oleh tiga orang pembesar tempatan, iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar.
Kawasan Pedalaman
Kawasan pedalaman Sarawak termasuk muara sungai. Di kawasan pedalaman terdapat banyak rumah panjang. Setiap rumah panjang mempunyai kawasan pentadbiran sendiri. Kawasan ini ditadbir oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.
Kaum Di Sarawak
Penduduk di Sarawak terdiri daripada beberapa kaum. Kaum-kaum ini tinggal sama ada di persisiran pantai, pedalaman dan muara sungai. Jadual 4.1 menunjukkan taburan kaum dan kawasan kaum tersebut.
Kawasan
|
Kaum
|
Kawasan Penempatan
|
Persisiran pantai
|
Melayu
Melanau
|
Kawasan Kuching, Simanggang, Sibu, Mukah, Oya, Saribas dan Tanjung Datu.
Lembah Utara Rajang, Mukah, Oya dan Bintulu.
|
Muara Sungai
|
Iban
Bidayuh
Kenyah
|
Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Lupar dan Sungai Rajang.
Singgai, Sadong dan Sungai Kayan.
Sungai Baram, Kawasan Ulu Batang, Rajah dan Balui.
|
Pedalaman
|
Kelabit
Penan
Murut
|
Lembah Terusan dan Sungai Baram.
Kawasan Hutan Baram dan Sungai Rajang.
Kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di kawasan Sungai Terusan
|
Jadual 4.1: Taburan kaum di Sarawak
Kedatangan Kuasa Luar ke Sarawak
Sebelum abad ke-19, sebahagian daripada wilayah Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Keluarga Brooke telah menguasi wilayah Sarawak dari tahun 1841 hingga tahun 1941.
James Brooke seorang pedagang persendirian British telah datang ke Sarawakk. Pangeran Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei telah meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan pemberontakan oleh penduduk tempatan.
Pangeran Muda Hashim berjanji akan menyerahkan kawasan Kuching sekiranya James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut. James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan dan menuntut haknya. Pangiran Muda Hashim mengingkari janjinya.
Berikutan itu, James Brooke telah berjumpa dengan Sultan Brunei untuk menuntut janji, Sultan Brunei terpaksa bersetuju dan melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak. Namun, James Brooke telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja.
SABAH
Asal Usul Sabah
Asal usul Sabah dikaitkan dengan nama pisang saba dan seludang. Mari kita lihat.
Pisang Saba
Pada masa dahulu, masyarakat bajau yang mendiami kawasan pantai barat Sabah banyak menanam pisang saba. Pisang saba menjadi makanan utama mereka. Melalui pertuturan di kalanggan masyarakat tempatan, lama kelamaan perkataan “sabah” bertukar menjadi Sabah. Oleh yang demikian, nama negeri Sabah diambil daripada perkataan “pisang saba”.
Seludang
Dalam syair Jawan, negeri Sabah dikenali sebagai Seludang. Kawasan pusat negeri Seludang dikatakan terletak di antara Telur Marudu dengan Tanjung Bangkota hingga ke Jambongan. Oleh itu, nama Sabah diambil daripada nama seludang tersebut.
Pentadbiran Awal Di Sabah
Pentadbiran awal di Sabah terbahagi kepada tiga kawasan. Teliti peta 4.2 untuk melihat kedudukan kawasan pentadbiran tersebut.
Kawasan Pantai Barat
Kawasan Pantai Barat Sabah berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Kawasan ini ditadbir oleh seorang wakil pemerintah Sultan Brunei yang dikenali sebagai Pangeran. Kawasan pantai barat ini dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Kawasan ini pula ditadbir oleh pembesar tempatan yang dibantu oleh Ketua Suku Kaum dan Ketua Petempatan Sungai.
Kawasan Pantai Timur
Kawasan Pantai Timur Sabah berada di bawah Kesultanan Sulu. Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa buah kawasan. Setiap kawasan ditadbir oleh pembesar yang bergelar Datu. Mereka dibantu oleh ketua-ketua tempatan.
Kawasan Pedalaman
Kawasan pedalaman dikuasi oleh kketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan ini mentadbir rumah-rumah panjang dalam kawasan mereka. Mereka digelar Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.
Kaum Di Sabah
Penduduk Sabah Terdiri daripada pelbagai kaum. Jadual 4.2 menunjukkan kaum yang terdapat di Sabah.
Kawasan
|
Kaum
|
Kawasan Penempatan
|
Persisiran Pantai
|
Melayu-Brunei
Bajau
Suluk
|
Pantai barat Papar, Kimanis dan Sipitang.
Pantai barat (Papar dan Tuaran) dan pantai timur (Kota Belud dan Semporna)
Pantai timur (Semporna, Lahad Datu dan Tawau)
|
Lembah Pantai
|
Kadazandusun
|
Pantai barat (Penampang, Papar, Kudat, Tambunan dan Ranau)
|
Pedalaman
|
Murut
|
Tenom, Pensiangan, Keningau dan Rundum.
|
Jadual 4.2: Taburan Kaum Di Sabah.
Kedatangan Kuasa Luar ke Sabah
Pada abad ke-16, Sabah terkenal di kalangan pedagang barat. Di Sabah terdapat hasil hutan seperti rotan, gambir dan sarang burung. Faktor ini mendorong kuasa barat bersaing untuk mendapatkan dan menguasai hasil tersebut di Sabah.
Mari kita kaji bagaimana Syarikat Borneo Utara British (SBUB) berjaya menguasai Sabah pada tahun 1882.
- Sultan Brunei telah memberi pajakan satu kawasan yang luas selama 10 tahun di Sabah kepada Charles Lee Moses, seorang Amerika pada tahun 1865.
|
- Walau bagaimanapun, Charles Lee Moses telah menjual hak pajakan tersebut kepada The American Trading Company. Namun, akibat gagal memajukan tanah tersebut, syarikat ini pula menjual hak pajakan kepada Baron Von Overbeck.
|
- Baron Von Overbeck bergabung dengan Alfred Dent dan Edward Dent dan menubuhkan Overbeck and Dent Company pada tahun 1877. Sultan Brunei telah memperbaharui pajakan tanah kepadaOverbeck and Dent Company.
|
- Pada ketika itu, Syarikat Borneo Utara British telah berada di utara Sabah hasil daripada perjanjian pada tahun 1764. Pada tahun 1880, Overbeck tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Overbeck and Dent Company. Oleh itu, Dent telah menubuhkan
Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Persatuan ini telah berusaha mendapatkanPiagam Diraja daripada kerajaan British. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaannya di Sabah.
|
- Pada tahun 1881, kerajaan British bersetuju dan menganugerahkan Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
|
- Pada tahun 1882, persatuan tersebut dinamai Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Melalui Piagam Diraja, syarikat ini mendapat kuasa untuk mentadbir serta menjalankan perdagangan di Sabah.
|
Langgan:
Catatan (Atom)